Liga Super: Melaka United Ikat JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Super hari ini menemukan pasukan Melaka United sebagai tuan rumah melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gol pertama perlawanan terhasil daripada pasukan pelawat menerusi pemain tengah JDT, Leandro Velazquez. Rembatan deras Leandro terus meluru cantik meletakkan Johor Darul Ta’zim mendahului 1-0 dihadapan.

Pada minit ke-39 permainan, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi pertahanan dari Filipina, Justin Baas. Jaringan tersebut terhasil akibat keadaan kucar kacir yang berlaku di kawasan pertahanan JDT.

Advertisements

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora lebih banyak mengasak apabila beberapa percubaan tepat berjaya dihasilkan. Disiplin dan konsistensi yang ditampilkan barisan pertahanan Melaka United telah menggagalkan JDT daripada terus meledak.

Beberapa pertukaran pemain turut dilakukan kedua-dua pasukan. Bagaimanapun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan.

Advertisements

Lima minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Melaka United sekadar berpuas hati, mengikat JDT dengan keputusan 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram