Liga Super: Hatrik Bergson Pacu JDT Ganyang Melaka United Di SSI
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan konsistensi kemenangan dalam saingan domestik apabila berjaya menjinakkan Melaka United 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan aksi kawalan menyeluruh yang ditampilkan pasukan JDT dan mereka tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Fernando Forestieri melepaskan rembatan lencong dari luar kotak penalti yang sekali gus menewaskan Bryan See di gawang Melaka United.

Melaka United dilihat bergelut untuk beraksi baik dalam perlawanan ini lebih-lebih lagi mereka hanya menurunkan seorang saja pemain import iaitu Adriano Narcizo.

Advertisements

JDT dilihat terus bernafsu untuk menambah gol dan Bergson menambah derita Melaka United pada minit ke-32 selepas menyudahkan hantaran Forestieri.

Serangan JDT tidak terhenti di situ apabila mereka terus menjarakkan kedudukan menjadi 3-0 dan sekali lagi melalui Bergson yang menyudahkan hantaran lintang dari Corbin Ong.

Separuh masa pertama ditutup dengan cemerlang buat JDT selepas mendahului Melaka United 3-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Melaka United cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan namun segala pergerakan mereka berjaya dipatahkan para pemain JDT.

Bergson akhirnya menutup malam gemilang JDT dengan hatrik beliau pada minit ke-85. Gol itu terhasil selepas Bergson melepaskan rembatan deras hasil hantaran Syafiq Ahmad.

Tiada tambahan jaringan selepas itu dan kemenangan 4-0 menjadi milik JDT. Kemenangan ini menjadikan kedudukan semakin selesa buat JDT di takhta Liga Super dengan dibezakan 6 mata daripada pasukan ditangga kedua, Sabah FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram