Liga Super: Ifedayo Olusegun Bantu Melaka United Ranapkan Selangor
Dunia
Melaka United
Advertisements

Aksi tertunda saingan Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Melaka United dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata penuh.

Aksi separuh masa pertama bermula dengan banyak serangan ditujukan ke kawasan Melaka United. Selangor dilihat lebih selesa mendominasi permainan tatkala banyak hantaran-hantaran pendek dihasilkan.

Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan Selangor telah mengundang padah. Penyerang sensasi Melaka United, Ifedayo Olesugon menjaringkan gol pembukaan perlawanan selepas menyempurnakan hantaran daripada Sony Norde. 

Advertisements

Jaringan Ifedayo meletakkan Melaka United mendahului 1-0 pada babak separuh masa pertama perlawanan.

Aksi kedua dimulakan dengan pertukaran dilakukan pasukan Selangor dengan memasukkan pemain muda, Syahir Bashah. 

Pada minit ke-57 permainan tatkala pasukan pelawat asyik menyerang, Melaka United hadir memanfaatkan serangan balas pantas menerusi Ifedayo. Ifedayo Olesugon sekali lagi tenang membuktikan ketajamannya menjaringkan gol kedua buat Melaka United.

Advertisements

Dua jaringan Ifedayo telah meranapkan harapan Selangor untuk kembali bangkit. Percaturan Michael Feichtenbeiner dengan melakukan beberapa pertukaran pemain turut tidak membuahkan hasil.

Disiplin dan kekebalan barisan pertahanan Melaka United kekal ampuh tanpa dibosi hingga menuju ke minit akhir permainan.

Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Melaka United 2-0 Selangor.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram