Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi berpesta jaringan di Stadium Sultan Ibrahim apabila membelasah Star City dalam aksi Liga Super pada Sabtu.
Kemenangan besar 7-0 dilakar JDT ke atas Star City beberapa hari setelah menewaskan Kelantan Red Warrior pada Rabu lalu, dengan nama Bergson Da Silva sekali lagi mencuri tumpuan ramai hasil jaringan hatrik pada aksi ini.
Gandingan berbisa Bergson Da Silva serta Shahab Zahedi menjadi pilihan ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz pada perlawanan ini manakala tonggak berpengalaman, Rizal Ghazali memimpin barisan pemain Star City di laman lawan.
Bergson Da Silva membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-17 permainan sebelum Marcos Guilherme menggandakan kelebihan buat JDT selang 10 minit kemudian bagu jaringan kedua peribadinya pada musim kali ini.
JDT terus selesa dengan jaringan ketiga pada minit ke-35 menerusi Bergson Da Silva, dan dua gol di penghujung babak pertama oleh Kevin Media serta Shahab Zahedi memberikan kelebihan 5-0 untuk tuan rumah sebelum waktu rehat.
Babak kedua kembali bersambung dengan pemain gantian, Carlos Akapo berjaya menjaringkan gol keenam JDT hasil hantaran Jairo Da Silva pada minit ke-68, kira-kira 12 minit selepas perancang tengah itu dibawa masuk.
Hatrik buat Bergson Da Silva akhirnya muncul jua pada minit ke-77 setelah pemain naturalisasi negara itu menyudahkan sepakan penalti dengan penuh tenang apabila bola mengenai tangan pertahanan Star City, Anwar Ibrahim.
Perlawanan tamat, JDT 7-0 Imigresen.