Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super apabila mencatatkan kemenangan berdepan Negeri Sembilan.

Advertisements

Pertemuan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik pada malam ini.

Anak didik Tano Solari nyata dalam kelas tersendiri apabila membuka akaun menerusi tandukan penyerang berbisa, Fernando Forestieri pada minit ke-21.

Advertisements

Momentum baik ini diteruskan sebelum berakhirnya babak pertama apabila kepulangan bekas bintang pasukan, Diogo Luis Santo ke dalam kesebelasan utama berakhir dengan jaringan.

Bersambung babak kedua, usaha skuad Harimau Selatan berterusan dan sekali lagi memaksa barisan pertahanan Hobin Jang Hobin melakukan kesilapan.

Advertisements

Ia dihukum apabila pengadil memberikan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Fernando Forestieri.

Pesta jaringan anak didik Tano Solari berterusan apabila ledakan Arif Aiman memberikan gol keempat sebelum tandukan Corbin-Ong memberikan gol kelima buat pasukan pelawat.

Keghairahan barisan serangan JDT tidak terhenti apabila pemain naturalisasi negara, Endrick menambah derita tuan rumah selain gol ke-7 hadir menerusi Corbin-Ong sekali lagi.

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan JDT mengekalkan rekod cemerlang.

JDT akan bertemu Kelantan di laman sendiri sementara Negeri Sembilan akan ke Cheras bertemu KL City bagi aksi berikutnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram