Liga Super: JDT Tutup Musim Gemilang Dengan Kemenangan Bergaya Atasi KL City
Dunia
SNE Images / Mohd Hairi
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Juara Liga Super Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim memanfaatkan perlawanan terakhir untuk mengakhiri saingan liga musim ini dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan keatas KL City FC.

Malam yang penuh gemilang itu turut menyaksikan JDT meriah menyambut kemenangan Liga Super musim 2021 mereka dengan acara pertunjukkan bunga api di perkarangan tempat letak kereta Stadium Sultan Ibrahim.

Aksi pertembungan antara JDT menentang KL City bermula dengan pertukaran awal yang dilakukan JDT apabila pemain tengah mereka, Leandro Velanquez mengalami kecederaan. Pertukaran pertama permainan menyaksikan Safawi Rasid dimasukkan pada minit ke-8 permainan.

Advertisements

Selang beberapa minit selepas itu, sentuhan menakjubkan Nazmi Faiz pada minit ke-16 permainan berjaya meletakkan Johor Darul Ta’zim dihadapan. Penyudah yang cukup kreatif dipamerkan Nazmi ini tenang menewaskan penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza.

Meskipun ketinggalan, KL City FC tidak berhenti dalam menggandakan asakan. Pada minit ke-25 permainan, KL City menyamakan kedudukan menerusi ledakan kencang dari Izreen Izwandy. Situasi ‘set piece’ daripada sepakan penjuru, cantik dimanfaatkan Izreen.

Pada minit-minit akhir sebelum ke bilik persalinan, JDT hadir memberikan ancaman menerusi Bergson Da Silva namun percubaan Bergson sedikit melewati palang gol. Perlawanan separuh masa pertama tamat JDT 1-1 KL City FC.

Advertisements

Babak kedua permainan menyaksikan Johor Darul Ta’zim banyak mengatur gerakan melalui hantaran-hantaran pendek.

Pengendali JDT, Benjarin Mora melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Safiq Rahim dan Corbin Ong bagi mengimbangi permainan pasukannya pada minit ke-61. KL City pula memasukkan J.Partiban dan Ryan Lambert pada minit ke-63 permainan bagi memperkemas barisan tengah KL City FC.

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang sengit apabila Johor Darul Ta’zim sebelum ini telah memenangi sebanyak 10 perlawanan berturut-turut, manakala Kuala Lumpur City FC pula mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah. Statistik ini menggambarkan kedua-dua pasukan memiliki keupayaan untuk beraksi dengan cemerlang.

Advertisements

Pada minit ke-70 permainan, pemain pertahanan KL City FC, Nik Shahrul Azim tertampan bola masuk ke gawang sendiri apabila lorongan Safiq Rahim berjaya mengelirukan pihak lawan. Gol sendiri itu sekaligus meletakkan Johor Darul Ta’zim dihadapan 2-1.

Peluang terbaik hadir buat pasukan JDT menambah jaringan pada minit-minit akhir permainan apabila mendapat sepakan percuma. Namun sepakan percuma pada minit ke-94 permainan itu gagal dimanfaatkan Bergson.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu tamat dengan keputusan berpihak kepada pasukan tuan rumah. JDT cemerlang menewaskan KL City FC 2-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram