Liga Super: Kedah Darul Aman ‘Kenduri’ Gol Benam Melaka United
Dunia
Youtube Unifi
Advertisements

Makanbola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Perlawanan Liga Super yang menemukan Kedah Darul Aman FC dan Melaka United ini berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan tempo yang agak pantas dan melancarkan beberapa gerakan serangan.

Melaka mempunyai peluang terbaik untuk memecah kebuntuan seawal minit ke-4 selepas gerakan menarik dari Sony Norde di sebelah sayap kiri berjaya mencari Giovane Gomes di kotak penalti. Namun tandukan deras beliau ke arah gol berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Advertisements

Corak seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan untuk 10 minit pertama yang memperlihatkan kemampuan barisan pertahanan masing-masing mematahkan serangan.

Penyerang Kedah, Tchetche Kipre akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-24. Ianya berpunca dari hantaran lolos berkualiti dari Fadzrul Danel yang terus mendapatkan Kipre. Kipre yang menerima bola tersebut tidak menunggu lama untuk melakukan rembatan menewaskan Norazlan Razali di gawang Melaka untuk menjadikan kedudukan Kedah mendahului Melaka 1-0.

Pada minit ke-28, Kedah dihadiahkan sepakan penalti selepas kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dikasari  pertahanan Melaka, Faris Shah di dalam kotak penalti.

Advertisements

Kipre yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti tersebut dengan mudah menyepak masuk untuk gol kedua Kedah sekaligus menjadikan kedudukan 2-0.

Kedah hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-35 selepas dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti. Namun sepakan yang diambil Baddrol berjaya ditepis penjaga gol Melaka.

Separuh masa pertama tamat dengan Kedah mendahului Melaka dengan kedudukan 2-0.

Advertisements

Separuh masa kedua dimulakan dengan positif oleh Melaka United yang mula mengatur serangan dan mereka juga kelihatan cepat melakukan tekanan kepada pemain Kedah yang menerima bola.

Hasil serangan bertali arus Melaka akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-62 Adriano berjaya menjaringkan gol melalui satu rembatan deras di dalam kotak penalti sekaligus merapatkan kedudukan menjadi 2-1.

Hujan lebat mulai turun dengan agak lebat di Stadium Darul Aman yang pastinya menambah kesulitan kedua-dua pasukan memperagakan aksi terbaik.

Advertisements

Pada minit ke-65 , Baddrol Bakhtiar berjaya menambah derita Melaka selepas beliau mudah menampan masuk hantaran menarik dari Kipre di bahagian kiri. Kedudukan memihak Kedah 3-1.

Selang 3 minit iaitu pada minit ke-68, Kedah menjarakkan kedudukan menjadi 4-1 selepas ‘supersub’ mereka, Fayadh Zulkifli melakukan tolakan mudah, yang bermula dari rembatan Kipre yang ditepis kurang kemas oleh penjaga gol Melaka.

Sony Norde hampir merapatkan kedudukan pada masa tambahan namun rembatan beliau ditangkap kemas penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Perlawanan tamat dengan kemenangan buat Kedah dengan kedudukan 4-1.

Dengan kemenangan ini, Kedah memastikan kedudukan naib juara Liga Super 2021 sekali gus melayakkan mereka beraksi di Piala AFC musim hadapan. Manakala buat Melaka United, mereka terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-8 liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram