Liga Super: Kedah Mudah Atasi KL City
Dunia
klcityfootball/datasukan
Advertisements

Pasukan Kedah FC berjaya meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menundukkan pasukan KL City dengan keputusan 3-2 di Stadium Darul Aman dalam perlawanan kedua saingan Liga Super 2022.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua pasukan saling berusaha untuk mencari gol pendahuluan dengan Kedah FC menguasai perlawanan.

Pada minit ke-29, Zhafri Yahya meletakkan KL City dihadapan selepas berjaya melakukan rembatan deras ‘Snapshot‘ ketika perebutan bola berlaku didepan gawang gol.

Advertisements

Tiga minit kemudian, Kedah tidak menunggu lama apabila tandukan sempurna Syafiq Ahmad berjaya menewaskan Kevin Mendoza selepas menerima hantaran kemas daripada Al-Hafiz Harun.

Pertukaran pemain yang dilakukan oleh Kedah di separuh masa kedua dengan memasukkan Fayadh membuahkan hasil apabila Fayadh berjaya menjaringkan gol kedua buat Kedah pada minit ke-67 permainan.

Serangan demi serangan terus dicetuskan Kedah, Dennis Buschening terus menambah derita KL City selepas berjaya menjaringkan gol ketiga buat pasukan Kedah FC.

Advertisements

Pada minit ke-87, Kevin Koubemba berjaya merapatkan kedudukan selepas tandukannya menewaskan penjaga gol kedah.

Tiga minit masa kecederaan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Kedah FC 3 -2 KL City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram