Liga Super: Kedah Tewas Lagi, Kali Ini Tewas Di Stadium Sendiri Kepada Melaka United
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan ketujuh Liga Super (LS7) ini menemukan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang melayan kunjungan Melaka United. Perlawanan berkesudahan kemenangan bergaya buat pasukan pelawat yang menewaskan Kedah dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.

Kedah memulakan permainan dengan sangat positif dengan beberapa hantaran lintang dibuat untuk mencari gol awal dan Melaka dilihat bertahan dan menanti peluang untuk melancarkan serangan balas.

Penyerang berbisa Melaka, Ifedayo Olusegun mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-15 namun rembatannya sedikit tersasar.

Advertisements

Kedah akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-20 melalui remabatan deras penyerang import mereka, Ngah Wanja yang sekali gus menewaskan Bryan See di gawang Melaka United.

Jaringan pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Ifedayo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22. Segalanya bermula dari hantaran menarik dari Wan Zaharulnizam, Ifedayo yang dikawal ketat berjaya mencuri ruang untuk melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal. Kedudukan berubah dengan kedua-dua pasukan kini terikat 1-1.

Tersentak dengan gol itu, Kedah menggandakan usaha untuk mendapatkan gol untuk mendahului lawan dan Syafiq Ahmad berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-37.

Advertisements

Selepas gol tersebut, tiada tambahan jaringan yang terhasil dan separuh masa pertama ditamatkan dengan keputusan memihak Kedah mendahului Melaka 2-1.

Bersambung babak kedua, pasukan Kedah meneruskan corak permainan menyerang dengan gerak serangan tertumpu kepada bahagian sayap mereka.

Emmanuel Oti hampir menyamakan kedudukan buat Melaka United pada minit ke-53 namun rembatan beliau dari dalam kotak penalti melambung tinggi.

Advertisements

Oti akhirnya menebus kekecewaan apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78. Segalanya bermula dengan kesilapan Ifwat yang gagal menangkap kemas bola dan bola jatuh kepada kaki Oti. Oti tidak menunggu lama dengan merembat deras menewaskan Ifwat sekali gus kedudukan terikat 2-2.

Ifedayo akhirnya menjadi wira pasukan Melaka apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan melalui tandukan mudah di hadapan gol sekali gus kedudukan berubah memihak Melaka 3-2.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat Melaka United yang mengejutkan tuan rumah dengan keputusan 3-2.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram