Liga Super

Liga Super: Kelantan RW Sedia Kejutkan DPMM

Kelantan Red Warrior MFL Liga Super: Kelantan RW Sedia Kejutkan DPMM
MFL

Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC) sudah bersedia mengejutkan pasukan yang sedang meningkat naik, DPMM FC.

Advertisement

Keazaman itu dizahirkan Rizuan Muda menjelang pertemua kedua-dua pasukan itu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 27 November ini.

Rizuan mengakui dari segi prestasi semasa, kelebihan memihak kepada DPMM. Ini kerana pasukan itu sudah memenangi empat aksi terakhir liga.

Ini termasuk kemenangan ke atas satu lagi pasukan Pantai Timur, Terengganu FC pada 20 November lalu. Meskipun begitu, Rizuan menyifatkan Kelantan RW tidak gentar dan sedia memberi cabaran hebat kepada tuan rumah.

“Kami kena berwaspada dengan serangan daripada pemain tuan rumah kerana mereka mempunyai pemain asing yang baik. Mereka menang 4 perlawanan berturut-turut dalam Liga Super dan ini perlu dihadapi dengan berhati-hati.”

“Bagaimanapun, saya yakin kami akan memberi saingan sengit dan tidak akan memberi laluan mudah kepada DPMM FC bermaharajalela di kandang sendiri,” katanya.

Rizuan juga percaya kemenangan sulung yang dilakar ketika menentang Sabah FC dijangka membakar semangat Kelantan RW untuk meraih keputusan positif.

“Ya, kami dalam keadaan terbaik. Semua pemain cukup bersemangat untuk ke Brunei.”

“Kami bertekad memberikan kejutan kepada pasukan lawan serta merantai setiap pemain handalan DPMM FC yang dapat memberi masalah kepada kami sepanjang masa perlawanan.”

“Doakan Kelantan Red Warrior FC dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari gelanggang lawan, Insya Allah,” tambahnya.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...