Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Liga Super Malaysia kini berada di tangga teratas rantau Asia Tenggara dan ke-9 Asia selepas kemas kini terbaru mata MA oleh laman sesawang mata nyata ranking MA, FootyRanking.

Kemenangan bergaya Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala AFC memastikan mata MA Malaysia secara keseluruhan kekal mencatatkan unjuran menaik.

Dalam perlawanan Piala AFC, dua wakil Malaysia, Kedah dan KL City memperoleh 3.425 mata tambahan sekaligus melengkapkan kegemilangan kelab Liga Super Malaysia yang sebelum ini turut memperoleh banyak mata hasil kecemerlangan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-juara AFC (ACL).

Advertisements

Malaysia kini memintas Vietnam untuk zon Asia Timur sekaligus meletakkan Malaysia di tangga teratas rantau Asia Tenggara.

footy july 2022 asia Liga Super Kini No.1 Asia Tenggara, Ke-9 Terbaik Asia
Malaysia kini tangga ke-9 Asia
Malaysia kini tangga ke-4 Asia Timur
Malaysia kini tangga teratas Asia Tenggara

Secara kesimpulannya, Malaysia kini no.1 Asia Tenggara, no.9 Asia dan no.4 Asia Timur sekaligus membuktikan Malaysia bukan “Liga Petani” seperti didakwa sesetengah manusia.

Malaysia kini turut berada di landasan yang baik untuk memperoleh 4 slot ke saingan Liga Juara-juara AFC (2+2) dan sudah tentu setiap pasukan bertanding bakal memperoleh manfaatnya dengan saingan perlawanan yang lebih kompetitif.

Advertisements

Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman bakal beraksi dalam separuh akhir Piala AFC (Zon Asia Tenggara) pada Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram