Advertisements
Liga Super: Negeri Sembilan Ikat Melaka United Di Hang Jebat
Dunia
MakanBola
Melaka United

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Melaka United dan Negeri Sembilan FC. Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Negeri Sembilan dilihat melancarkan serangan awal dan hampir mendahului seawal minit ke-2 namun sepakan percuma dari Matheus Alves sedikit tersasar.

Matheus Alves sekali lagi mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-16 namun rembatan dari dalam kotak penalti melambung tinggi.

Pada minit ke-43. Wan Zaharulnizam memberikan gol pendahuluan buat Melaka United melalui sepakan percuma namun sepakannya berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Melaka United dilihat garang dengan hampir saja dihadapan melalui Ifedayo Olusegun pada minit ke-48 namun rembatannya berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh Syihan.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan namun buntu untuk mendapatkan jaringan. Ketumpulan penyudah menjadi halangan utama buat kedua-dua pasukan.

Ifedayo mempunyai peluang keemasan pada minit ke-89 namun peluang tersebut tidak dapat disudahkan walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol lawan.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal terikat tanpa jaringan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Selepas ini, Negeri Sembilan akan meneruskan aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada 25 Jun manakala Melaka United akan melayan kunjungan Sarawak United pada tarikh yang sama.