Liga Super: PDRM FC 1-0 Sabah FC
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Sabah FC seakan belum menemui formula mujarab untuk kembali meraih kemenangan selepas dua kekalahan dalam semua kejohanan. Terbaru, skuad Badak yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tewas mengejut 1-0 di tangan PDRM FC di Stadium MBPJ hari ini.

Sabah FC turun sambil berdepan beberapa isu. Selain masalah kecederaan membabitkan beberapa tonggak, skuad Badak juga tidak menurunkan Rizal Ghazali susulan kontroversi yang menyelubungi dirinya.

Sementara Sang Saka Biru pula masih dibuai keyakinan selepas berjaya mengejutkan Selangor FC beberapa hari lepas. Dan sebaik sepak mula, strategi road block yang digunakan mereka menyukarkan skuad Badak mencari ruang untuk menyerang.

Advertisements

Dan akibatnya, The Cops yang dibimbing Azzmi Aziz mendahului pada minit ke-26 menerusi Nabil Ahmad Latpi. Tersentak, Sabah FC cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, pelawat menggandakan asakan lebih-lebih lagi selepas penjaga gol tuan rumah, Ramadhan Hamid digantikan oleh Wilfried Jabun selepas mengalami kecederaan pada akhir separuh masa pertama.

Bagaimanapun, kebanyakan serangan Sabah FC mudah dipatahkan barisan pertahanan The Cops diketuai James Okwuosa. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Advertisements

Keputusan ini melonjakkan Sang Saka Biru ke kedudukan kelapan liga mengatasi Negeri Sembilan. Manakala skuad Badak pula kekal berada di tangga kelima liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram