PDRM FC memastikan kekalahan ketiga diberikan kepada KL City FC malam ini.
Skuad kendalian P.Maniam turun dengan usaha untuk menjerat The City Boys di laman sendiri.
Usaha itu membuahkan hasil apabila penyerang berbisa pasukan, Ifedayo Olusegun membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menewaskan Azri Ghani.
Cubaan anak didik Miroslav Kuljanac bangkit disekat untuk menamatkan saingan babak pertama memihak tuan rumah.
Bersambung babak kedua, KL City berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan cantik pemain sayap, Jovan Motika namun tidak bertahan lama.
Perancang tengah Jordan, Fadi Awad sekali lagi memberikan kelebihan buat PDRM untuk gol kedua yang begitu tenang pada minit ke-65.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
KL City akan melayan kunjungan Kedah pada 14 September manakala Sri Pahang berdepan PDRM pada 15 September di Temerloh.