Liga Super : Perak FC Bantu UITM FC Raih Kemenangan Sulung
Dunia
Twitter : @peraktbgmy
Advertisements

Perlawanan Liga Super Malaysia hari ini membabitkan diantara pasukan UITM FC menentang Perak FC di Stadium UITM, Shah Alam. 

Perak FC turun tanpa kelibat kapten dan penjaga gol utama mereka, Hafizul Hakim apabila jurulatih sementara Perak FC mempertaruhkan Azri Ghani. Azri diuji seawal minit ke-8 apabila pemain tuan rumah, Khairul Izuan melancarkan satu percubaan tepat yang menggegar palang. 

Pasukan Perak FC mempertaruhkan khidmat Sergio Aguero dan Nana Poku di bahagian serangan. Banyak gerakan satu dua dan hantaran-hantaran lolos yang cuba dilakukan, namun barisan pertahanan UITM FC lebih peka dan tidak memberi peluang untuk Perak FC melakukan percubaan.

Advertisements

Biarpun permainan lebih banyak didominasi pasukan Perak FC, pada minit ke-30 UITM FC berjaya membuka tirai jaringan apabila hantaran kemas Khairul Izuan ditampan dengan baik oleh Sean Giannelli. Rembatan kencang Giannelli itu mudah menewaskan penjaga gol Perak FC, Azri Ghani.

Pada minit ke-37 perlawanan, percubaan terus menerusi pemain import Perak FC, Sergio Aguero hanya menggegar palang apabila sepakan percumanya itu tidak berjaya menghasilkan gol. Hasrat Perak FC untuk mendapatkan gol penyamaan sebelum babak pertama tamat tidak kesampaian apabila separuh masa pertama perlawanan tamat dengan keputusan UITM FC 1-0 Perak FC.

Menjelang babak kedua permainan, Perak FC bermula dengan satu percubaan menerusi sepakan percuma Amirul Azhan pada minit ke-47 namun sepakan liar itu langsung tidak membahayakan gawang UITM FC.

Gerakan-gerakan bertenaga pasukan Perak FC di bahagian sayap banyak menghiasi perlawanan malam ini. Akan tetapi gerakan-gerakan tersebut dipatahkan barisan pertahanan tuan rumah. Serangan demi serangan terus ditumpukan Perak FC tetapi mereka masih gagal mencipta jaringan.

Advertisements

Percaturan pengendali UITM FC, Reduan Abdullah yang membawa masuk Shafiq al-Hafiz membuahkan hasil apabila bola muntah percubaan Fauzi Latif itu disempurnakan dengan sepakan kencang oleh Shafiq pada minit ke-74 permainan. Gol itu berjaya mengukuhkan kedudukan UITM FC.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Perak FC memiliki peluang terbaik menerusi sepakan percuma yang diambil Nana Poku pada minit ke-90 permainan, namun sepakan itu sekali lagi menghampakan pasukan pelawat.

Tiga pertukaran pasukan Perak FC pada sepuluh minit terakhir permainan tidak mengubah keputusan perlawanan. UITM FC berjaya menggegam tiga mata penuh di Shah Alam. UITM 2-0 Perak FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram