Rekod kehadiran Liga Super mencatatkan perbezaan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul manakala 3 venue mencatatkan penurunan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio terus merekodkan sokongan hebat daripada peminat setia Harimau Selatan apabila merekodkan kehadiran tertinggi iaitu 21,365 orang.
Sokongan padu ini diserikan dengan kemenangan 4-0 JDT ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim untuk melebarkan kedudukan di tangga teratas.
Venue kedua yang mencatatkan kehadiran tertinggi ialah aksi antara Selangor dan juga Penang FC.
Seramai 8,965 orang peminat setia Gergasi Merah hadir memberikan sokongan namun angka ini mencatatkan penurunan.
Aksi Selangor menentang Perak di MBPJ tempoh hari mencatatkan seramai 10,112 orang penyokong sekaligus mengalami penurunan kecil bagi aksi kali ini.
Aksi Kedah di Stadium Darul Aman (4,723) dan juga Sabah di Likas (3,154) merekodkan penurunan yang signifikan pada pertembungan kali ini.
Kedah merekodkan kehadiran tertinggi mereka untuk musim 2024/25 iaitu 18,317 orang dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Aksi seterusnya Liga Super bakal berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2024 melibatkan beberapa perlawanan.