Liga Super: Sabah Cemas Sebelum Tewaskan Penang
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Sabah FC terus mengejar kelompok empat teratas liga dengan mengalahkan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya, Georgetown dalam aksi Liga Super hari ini.

Selepas tunduk 1-0 kepada Selangor pada 23 Julai lalu, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mahu kembali ke landasan kemenangan.

Ad

Dan pasukan pelawat tidak menunggu lama membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi Irfan Fazail pada minit kesembilan.

Ad

Gol itu juga merupakan gol ke-30 yang membolosi gawang Penang FC musim ini. Ramon Machado membantu skuad Badak selesa di hadapan menerusi gol kedua pada minit akhir babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, drama panas timbul membabitkan pemain tengah Sabah FC, Gary Steven Robbat dan pemain import Penang FC, Ousmane Fane.

Ad

Pertelagahan dua pemain ini segera dileraikan oleh pemain-pemain kedua-dua pasukan sebelum ia berlarutan. Gary dan Fane kemudiannya masing-masing dilayangkan kad kuning oleh pengadil Mohamad Kamil Zakaria Ismail.

Ad

Biarpun ketinggalan, penyokong Penang FC terus memberi sokongan kepada tuan rumah untuk bangkit mengejar. Dan hasrat mereka menjadi kenyataan apabila Alif Ikmalrizal Anuar merapatkan jurang pada minit ke-76.

Ad

Bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-88 tetapi dinafikan penjaga gol Sabah FC, Damien Lim.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini merapatkan jurang mata skuad Badak dengan Sri Pahang FC dan Kedah FC kepada satu mata. Manakala Penang FC kekal di tangga ke-10.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan terlibat dengan kempen Piala Malaysia 2023. Penang FC akan menentang KL City FC pada 3 Ogos dengan Sabah FC pula melayan Kuching City FC pada 5 Ogos.