Liga Super: Sabah Tumbangkan Star City Saat Akhir
MakanBola
MFL

Sabah membuka aksi Liga Super Malaysia 2026-2027 dengan langkah kanan apabila menewaskan Star City Likas pada Isnin.

Kemenangan 3-1 dilakar Sabah dalam perlawanan pembukaan musim ini hadir pada penghujung separuh masa kedua sekali gus menundukkan pasukan yang dijenamakan semula, Star City.

Kesebelasan utama Sabah diterajui oleh Dominic Tan memakai lilitan kapten untuk pasukan The Rhinos pada aksi ini sementara Star City menampilkan bekas penyerang lawan, Ramon Machado di jentera serangan.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan penuh serangan berbahaya oleh kedua-dua pasukan bagi mencari gol pembukaan aksi.

Sabah terlebih dahulu membuka tirai aksi selepas pemain import New Zealand, Dane Ingham selepas menerima umpanan cantik oleh bekas pemain lawan, Fadzrul Danel pada minit ke-26 sebelum Rafael Vitor menyamakan kedudukan hasil tandukan cantik sekali gus memastikan perlawanan kembali hangat.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat 1-1 bagi kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua kelab tampak saling berbalas serangan menerusi ayam tambatan utama masing-masing bagi memperoleh gol tambahan.

2 gol tambahan tiba pada masa kecederaan babak kedua menerusi pasukan Sabah hasil ledakan penyerang berbisa, Darren Lok dan Park Jungbin serentak menggamatkan stadium dengan ribuan sorakan penyokong setia tuan rumah.

Star City dilihat meningkatkan tempo permainan pada penghujung babak kedua namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Perlawanan di Likas tamat dengan keputusan 3-1 memihak pasukan tuan rumah, Sabah.