Advertising
Liga Super: Safawi Rasid Bantu Terengganu Bangkit Halang Kemenangan Sabah
MakanBola
Sabah FC

Terengganu FC elak tewas apabila bangkit mengikat Sabah FC di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan keputusan 2-2.

Syed Nasrulhaq diberi kepercayaan untuk mengawasi pintu gol Terengganu dalam perlawanan ini manakala Safawi Rasid turun selaku kapten pasukan.

Ad

Ketua jurulatih Sabah, Martin Stano menurunkan barisan pemain hebat seperti Rawilson, Stuart Wilkin, Saddil Ramdani, Darren Lok serta Daniel Ting.

Ad

Stuart Wilkin membuka tirai jaringan buat Sabah apabila meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-19.

Terengganu pantas menyamakan kedudukan apabila meraih gol penyamaan menerusi tandukan Ismaheel Akinade selang 4 minit kemudian.

Ad

Saddil Ramdani memastikan Sabah kembali mendahului setelah berjaya menewaskan penjaga gol Syed Nasrulhaq di penghujung babak pertama perlawanan menjadikan kedudukan semasa 1-2.

Ad

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan melakukan pertukaran dalam mencari gol tambahan namun tiada gol yang terhasil.

Ad

Penantian Terengganu berakhir apabila sepakan sudut daripada Safawi Rasid pada minit ke-84 terus menggegar gawang gol Sabah.

Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata berharga.

Sabah yang mengumpul 36 mata kekal berada di tangga ketiga Liga Super dan hanya dipisahkan 7 mata dengan Selangor yang berada di kedudukan kedua liga.

Terengganu juga turut kekal di kedudukan keempat liga dengan mengumpul 32 mata setelah mengharungi 21 perlawanan liga.

Terengganu seterusnya akan menentang pasukan Selangor manakala Sabah pula akan melawan cabaran PDRM bagi saingan Liga Super.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments