Liga Super: Selangor FC Rebah Dilaman Sendiri Tewas 1-2 Kepada PJ City FC
Dunia
Youtube Unifi
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Selangor menutup aksi Liga Super 2021 dengan kekalahan 1-2 terhadap PJ City FC dilaman sendiri. Aksi serba tidak menjadi Selangor FC malam ini nyata membawa padah apabila PJ City berjaya merampas 3 mata berharga sebagai penutup saingan Liga Super.

PJ City menampilkan aksi yang cukup berdisiplin dan lebih konsisten berbanding gaya permainan yang ditampilkan Selangor FC. Jaringan pertama PJ City hadir pada minit ke 21 hasil tandukan Khyril Muhymeen.

Namun Selangor berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama hasil jaringan Ifedayo menerusi sepakan penalti. Bersambung babak kedua, PJ City sekali lagi berjaya membolosi gawang gol Selangor menerusi tendangan luar kotak penalti Syahmi Zahri pada minit ke 60.

Advertisements

Selangor yang cuba bangkit namun aksi mereka terus tersentak ekoran layangan kad merah terhadap Syahmi Safari pada baki 5 minit perlawanan setelah Syahmi melakukan terjahan daripada belakang untuk menyekat larian pemain PJ City FC.

Ketiadaan Manuel Konrad dibarisan tengah pasukan Selangor sedikit merencatkan gaya permainan Selangor malah Neitzel menggunakan formasi yang berbeza daripada kebiasaan apabila menggunakan formasi 4-5-1.

Tamat perlawanan, Selangor FC terpaksa berputih mata dilaman sendiri apabila tewas 1-2 kepada PJ City. Selangor bagaimanapun tetap berjaya mengekalkan kedudukan ke-5 liga manakala PJ City berjaya memperbaiki kedudukan dengan berada ditangga ke-7 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram