Liga Super: Selangor ‘Ajar’ Kedah Apa Itu Bola Sepak Sebenar
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pertembungan Liga Super 2022 hari ini menyaksikan pasukan Selangor melayan kunjungan pasukan Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Anak buah Michael Feichtenbeiner berjaya mencatatkan keputusan positif, mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor FC mendahului 2-0 dihadapan hasil daripada jaringan Mukhairi Ajmal dan Caion.

Advertisements

Pada minit ke-26 permainan, Mukhairi Ajmal berjaya membuka akaun jaringan perlawanan apabila percubaan leret oleh Mukhairi gagal diselamatkan penjaga gol Kedah Darul Aman.

Pemain import Selangor FC, Caion pula mencatatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-34 permainan. Keadaan kucar kacir yang berlaku di bahagian pertahanan Kedah telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Caion.

Separuh masa kedua perlawanan bermula dengan rancak apabila kedua-dua pasukan saling bertukar hantaran dan menggandakan asakan.

Advertisements

Walaupun banyak percubaan yang dicipta menerusi pasukan pelawat, anak buah Aidil Shahrin dilihat masih buntu dalam mencetak jaringan.

Percaturan Michael Feichtenbeiner dengan memasukkan Norhakim Hassan telah membuahkan hasil apabila pemain sayap itu berjaya mencetak jaringan pada minit ke-86 permainan.

Hakim terus menjadi nadi kepada pasukan apabila hantarannya kepada Caion telah menatijahkan jaringan. Caion yang berjaya melepasi kawalan pemain Kedah Darul Aman telah melepaskan satu rembatan kencang ke gawang.

Advertisements

Sebelum perlawanan tamat, Fayadh Zulkifli berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan Kedah. Gol Fayadh yang terhasil pada minit ke-91 permainan itu mudah menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan.

Empat jaringan telah cukup untuk menutup peluang pasukan KDA FC untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata. Selangor meraih tiga mata penuh, menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram