Liga Super: Terengganu Mudah Tundukkan Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Terengganu. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan skuad Penyu menewaskan pasukan tuan rumah 0-2 sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan, namun percubaan-percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing.

Kelalaian benteng Selangor mengundang padah apabila pasukan Terengganu berjaya membuka tirai jaringan selepas sepakan deras dari luar kotak penalti, Habib Haron sekali gus menghukum penjaga gol Selangor pada minit ke-13 permainan.

Advertisements

Gol pertama itu mencetus semangat skuad Penyu apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 selepas bola hantaran Faisal Halim tepat kepada Manuel Ott terus menolak kemas bola menewaskan Somerville.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah cuba menggandakan asakan untuk mencari jaringan penyamaan namun benteng Terengganu yang diketuai Shahrul Nizam berjaya mengekang segala serangan.

Serangan digandakan pasukan pelawat yang hadir memberi asakan dari sebelah kiri dan kanan padang. Kepantasan serta kelincihan yang dimiliki Nik Shariff telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan Terengganu dalam mencorakkan asakan melalui bahagian sayap.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Anak buah Nafuzi Zain, menang bergaya menewaskan Selangor dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram