Selepas tamat aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup, saingan Liga Super kini memasuki perlawanan yang ke-19.
Aksi minggu ke-18 menyaksikan lima pasukan meraih kemenangan. Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan kelebihan selaku pendahulu liga dengan membelasah Sabah FC 4-0.
Selangor FC terus memperkukuh kedudukan di tempat kedua dengan menewaskan KL City FC 1-0. Negeri Sembilan FC mencipta kejutan dengan menewaskan Sri Pahang FC buat kali kedua.
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan keenam liga dengan menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). PDRM pula kecundang 2-0 di tangan Kuching City FC.
Satu-satunya perlawanan berakhir dengan keputusan seri ialah aksi Penang FC dan Perak FC. Hatrik Dylan Wenzel-Halls dipadamkan Perak untuk meraih keputusan 3-3.
Terengganu tidak beraksi kerana tiada perlawanan membabitkan pasukan Pantai Timur itu pada minggu ke-18.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super
1- Kuching City vs Kedah Darul Aman
Tarikh: 24 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Negeri, Kuching
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
2- Negeri Sembilan vs Sabah
Tarikh: 25 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
3- Penang vs Selangor
Tarikh: 25 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
4- Terengganu vs Johor Darul Ta’zim
Tarikh: 25 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran Langsung: TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik
5- Sri Pahang vs KL City
Tarikh: 26 Januari 2024 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Temerloh, Temerloh
Siaran Langsung: TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik
6- Perak vs Kelantan Darul Naim
Tarikh: 26 Januari 2024 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Manjung, Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena Bola