Penang terlepas peluang meraih tiga mata setelah Perak bangkit mengikat Penang dengan jaringan 3-3 di Stadium Bandaraya.
Adib Raop, Syamer Kutty Abba, Dylan Wenzel-Halls, Rodrigo Dias, Amer Azahar serta Rafael Vitor antara pemain yang membarisi kesebelasan utama Penang.
Perak pula diperkuatkan dengan kehadiran pemain seperti Sunday Afolabi, Azfar Fikri, Clayton, Shivan Pillay, Wan Zack Haikal dan Luciano Guaycochea selaku kapten pasukan.
Dylan Wenzel-Halls membuka tirai jaringan buat Penang pada minit ke-13 permainan menerusi jaringan menarik yang berjaya memperdayakan penjaga gol Haziq Nadzli.
4 minit berselang menyaksikan Wenzel-Halls menggandakan jaringan apabila sekali lagi menjaringkan gol untuk Penang.
Perak cuba merapakan kedudukan apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-22 menerusi jaringan Luciano Guaycochea.
Wenzel-Halls terus mempamerkan ketajamannya di hadapan pintu gol menerusi jaringan ketiga yang merupakan jaringan hatrik dalam aksi ini pada minit ke-33 permainan.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan Penang mendahului Perak dengan jaringan 3-1 hasil hatrik daripada Wenze-Halls dan juga Luciano Guaycochea.
Giliran Clayton mencetak nama selaku penjaring menerusi jaringan kedua untuk Perak hasil sepakan penalti pada minit ke-61.
Perak akhirnya bangkit mengikat Penang apabila Adilet Kanybekov menjaringkan gol ketiga Perak pada minit ke-67 permainan.
Kedudukan 3-3 kekal hingga tamat perlawan sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan membawa pulang 1 mata berharga dalam saingan Liga Super.
Perak kini menghuni tangga ke-8 liga dengan mengumpul 19 mata manakala Penang pula berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 15 mata.
Perak seterusnya akan menentang Kelantan Darul Naim pada 26 Januari ini untuk aksi Liga Super manakala Penang pula akan melawan Selangor untuk aksi Challenge Cup pada 19 Januari 2025.