Liga Super: Serangan Balas PJ City Hukum Melaka United
Dunia
melakautdfc_official
Advertisements

Pasukan PJ City berjaya meraih kemenangan pertama menentang pasukan Melaka United dengan keputusan 1-0. Jaringan tersebut dihasilkan oleh bekas pemain Melaka United, Kumaahran.

Perlawanan bermula rancak seawal minit keenam permainan apabila sepakan kaki kiri daripada Emmanuel Oti hampir menatijahkan gol pembukaan buat pasukan Melaka United FC malam ini.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, S. Kumaahran meletakkan PJ City dihadapan selepas melakukan rembatan ‘half voli’ hasil serangan balas pantas yang bermula daripada Mahali Jasuli.

Advertisements

Selang dua minit permainan, S.Kumaahran sekali lagi hampir menjaringkan gol kedua peribadinya. Namun, penjaga gol Melaka United, Norazlan lebih bersedia.

Pada minit ke-88, Darren Lok hampir beri kelebihan jaringan PJ City selepas percubaan tepat kaki kirinya berjaya diselamatkan Norazlan.

Melaka United dilihat cuba mencari jaringan penyamaan pada separuh masa kedua. Namun, lima minit masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan perlawanan.

Advertisements

PJ City raih tiga mata berharga sementara Melaka United terpaksa berputih mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram