Liga Super: Sri Pahang Ikat JDT Di SSI
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Super yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Rabu malam.

JDT memulakan perlawanan seperti kebiasaan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan mengawal permainan secara keseluruhan manakala pasukan Sri Pahang dilihat lebih banyak bertahan dan sekali sekala bergerak ke hadapan untuk melancarkan serangan.

Akhirnya JDT memecah kebuntuan pada minit ke-17 apabila Bergson meledak melalui rembatan kaki kiri hasil umpanan menarik dari rakan serangannya, Fernando Forestieri. Rembatan deras itu sekali gus menewaskana penjaga gol import Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Advertisements

Bergson hampir menambah jaringan buat JDT pada minit ke-24 namun rembatan beliau sedikit tersasar ke sisi kanan gawang Sri Pahang.

Walaupun jarang melancarkan serangan, secara tiba-tiba Sri Pahang berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-38 melalui pemain muda mereka, Saiful Jamaluddin yang melepaskan rembatan menewaskan Farizal Marlias. Kedudukan terikat 1-1.

Sri Pahang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kedua apabila Sri Pahang dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-42 selepas Mahmoud Za’tara dijatuhkan oleh Shahrul Saad. Manuel Hidalgo yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan penjaga gol JDT sekali gus menjadikan kedudukan 2-1 memihak Sri Pahang.

Advertisements

Nazmi Faiz hampir memberikan gol penyamaan pada masa tambahan separuh masa pertama namun rembatab menarik beliau sedikit tersasar. Separuh masa pertama ditamatkan selepas 4 minit masa tambahan dengan Sri Pahang mendahului JDT 2-1.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang hampir menambah jaringan melalui Azam Azih yang merembat terus sepakan penjuru ke arah gawang JDT namun Farizal pantas menepis percubaan yang tidak dijangka tersebut.

Pasukan JDT menguasai perlawanan dengan pelbagai gerak serangan namun barisan pertahanan Sri Pahang sangat berdisiplin dalam bertahan.

Advertisements

Pada minit ke-82, Forestieri hampir menyamakan kedudukan buat JDT namun rembatan beliau diselamatkan Samassa menggunakan kaki.

Selepas variasi serangan yang dilancarkan, akhirnya pasukan JDT berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 melalui Bergson selepas menyempurnakan penalti yang dihadiahkan untuk kedudukan berubah menjadi terikat 2-2.

Perlawanan ditamatkan dengan tanpa tambahan jaringan dapat dihasilkan selepas enam minit masa tambahan dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 2-2. Ini merupakan keputusan seri pertama buat JDT musim ini dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram