Liga Super: Terengganu Cemas Sebelum Hampakan Melaka
MakanBola
MELAKA FC

Terengganu menumpaskan Melaka dengan keputusan 1-2 dalam aksi minggu ke-18 saingan Liga Super 2025/26 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu.

Melaka mempertaruhkan Sam Somerville di posisi penjaga gol, Irfan Zakaria sebagai kapten pasukan, manakala penyerang import baharu, Ahmed Shamsaldin menjadi sandaran utama di jentera serangan.

Terengganu pula meletakkan Rahadiazli Rahalim sebagai benteng terakhir, Shahrul Nizam memimpin pasukan selaku kapten, manakala gandingan berbisa, Gervane Kastaneer & Akhyar Rashid dijadikan ayam tambatan serangan.

Kedua-dua pasukan dilihat memulakan perlawanan dengan tempo yang tinggi bagi memburu jaringan pembukaan.

Gervane Kastaneer hampir membuka akaun jaringan aksi pada minit ke-20 menerusi sepakan kencang dalam kawasan kotak penalti lawan namun gagal menepati sasaran gawang pasukan Melaka.

Melaka turut melakukan percubaan menerusi pemain import baharu, Ahmed Shamsaldin namun ketangkasan penjaga gol Sang Penyu, Rahadiazli Rahalim harus diberi pujian.

Akhyar Rashid merobek gawang pasukan Melaka menerusi jaringan cantik pada minit ke-36, sekali gus memberikan kelegaan kepada kem pasukan beliau.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Terengganu.

Bersambung ke babak kedua, pasukan tuan rumah, Melaka dilihat meningkatkan intensiti perlawanan bagi mencari gol penyamaan aksi.

Sang Penyu tampak terus menerus menguasai perlawanan dengan melakukan lambakan percubaan berbahaya menerusi Gervane Kastaneer & Baqiuddin Shamsudin.

Baqiuddin Shamsudin terlepas peluang untuk memberikan gol kedua perlawanan pada minit ke-71 selepas menerima hantaran lintang cantik oleh rakan sepasukan.

Dino Kalesic meledak gol penyamaan Melaka pada minit ke-74 menerusi satu voli cantik dari luar kotak penalti Terengganu sekali gus memberikan saingan kepada pasukan Sang Penyu.

Baqiuddin Shamsudin berjaya menebus kesilapan dengan menjaringkan gol kedua aksi pada minit ke-78 hasil rembatan kencang kaki kanan dalam kawasan kotak penalti Melaka.

Aksi tamat dengan keputusan 1-2 memihak kepada pasukan pelawat, Terengganu FC.

Claim Money Packet TnG