Liga Super: ‘Yakini Lokal’ PJ City Buat Terengganu Terkulai
Dunia
PJ CITY
Advertisements

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara PJ City menentang Terengganu FC. Anak buah P.Maniam berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri setelah menewaskan Terengganu 3-0.

Perlawanan pertama buat Terengganu selepas dua aksi sebelum ini ditunda ekoran kekangan Covid-19 telah merencatkan sedikit sebanyak perancangan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain.

Turun dengan mempertaruhkan Mahali, Kumaahran dan Darren Lok di bahagian hadapan, strategi PJ City ini membuahkan hasil apabila bahagian serangan PJ City dilihat mudah mengkucar-kacirkan pertahanan Terengganu FC.

Advertisements

Seawal minit ke-13 permainan, Darren Lok membuka akaun jaringan perlawanan apabila menyempurnakan hantaran daripada Kumaahran. Rembatan Darren Lok mudah menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin.

Darren Lok terus mengukuhkan kedudukan buat PJ City apabila menjaringkan gol kedua buat pasukan. Pada minit ke-28 permainan, hantaran lintang yang cantik disudahkan dengan baik oleh Darren Lok.

Tidak cukup dengan itu, Darren Lok sekali lagi menjadi nadi kepada PJ City apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan. Hantaran cantik daripada Mahali mudah disempurnakan oleh Darren Lok dengan bergaya.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan PJ City mendahului 3-0 dihadapan.

Babak separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati ketika merencanakan asakan.

Banyak serangan yang cuba diatur pasukan pelawat namun beberapa kali gagal menembusi benteng PJ City. Gandingan import Terengganu serba tidak menjadi apabila masing-masing tidak dapat menatijahkan kepada jaringan.

Advertisements

Usaha anak buah Nafuzi Zain untuk bangkit dilihat semakin samar. Disiplin dan kekentalan kubu pertahanan pasukan PJ City membuat penyerang-penyerang Terengganu FC berputih mata.

Tiga minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. PJ City mudah menjinakkan Terengganu, 3-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram