Liga Thai: Chonburi Terkulai Diaibkan BG Pathum
Asia Tenggara
Chonburi
Advertisements

Aksi Liga 1 Thailand hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Chonburi dan BG Pathum.

Seawal minit pertama permainan, BG Pathum mencetak jaringan pembukaan menerusi Freddy Alvarez. Keadaan kelam kabut dalam kawasan pertahanan Chonburi dimanfaatkan Alvarez dengan rembatan untuk gol pertama BG Pathum.

Lima minit selepas jaringan itu terhasil, kecuaian pertahanan Chonburi sekali lagi dihukum BG Pathum menerusi Chenrop Samphaodi. Chenrop berjaya melepaskan percubaan untuk gol kedua perlawanan.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Chonburi 0-2 BG Pathum.

Bersambung aksi di babak kedua, BG Pathum terus menggandakan asakan mencari gol tambahan sementara pasukan tuan rumah, Chonburi masih buntu untuk mencatat jaringan.

Pada minit ke-60 permainan, giliran Santipharp mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran lintang daripada Danilo Alves disudahkan cantik Santipharp untuk jaringan ketiga BG Pathum.

Advertisements

Sebelum aksi tamat, Chonburi akhirnya mencatat gol pertama menerusi Channarong. Channorong memanfaatkan tepisan penjaga gol BG Pathum untuk gol saguhati pasukan tuan rumah.

Aksi tamat, Chonburi 1-3 BG Pathum.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram