Lihat Aksi Comel Luqman Belajar Bahasa Belanda
Dunia
Advertisements

Bintang muda Malaysia yang bermain di liga Belgium, Luqman Hakim Shamsudin dilihat menghabiskan masa terluangnya bersama-sama keluarga angkatnya dengan mempelajari bahasa asing.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Arnout Vercruysse, Luqman diajar oleh adik angkatnya untuk menyebut ‘stik daging dengan potato’ dalam bahasa Belanda iaitu ‘biefstuk met patatjes’. Dengan sekali cuba sahaja, Luqman sudah mampu untuk menyebut perkataan tersebut dengan lancar.

Sebelum ini, Luqman diberi keluarga angkat di Belgium supaya beliau dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan juga supaya tidak ‘homesick’.

Advertisements

Sepanjang berada di Belgium, Luqman ataupun digelar sebagai ‘Luqie’ oleh rakan sepasukannya telah menunjukkan peningkatan dalam cara permainannya. Beliau sering menyertai latihan pasukan senior dan kerap kali dimainkan dalam perlawanan persahabatan. Malah Luqman menunjukkan potensinya dengan melakukan percubaan-percubaan membahayakan ke pintu gol lawan.

Luqman Digelar Sebagai Luqie Oleh Rakan Sepasukannya

Lihat aksi berbahaya Luqman di artikel bawah :

Percubaan merbahaya Luqman

Luqman juga telah menjaringkan satu gol cantik ketika bermain bersama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk yang merupakan satu-satunya gol tunggal dalam perlawanan tersebut. Beliau telah membawa pasukannya berada di tempat keempat daripada enam perlawanan di dalam liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram