Luqman berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam aksi sulong saingan Liga Belgium bawah 21 tahun.
KV Kortrijk U21 kini berada di kedudukan ke-4 liga selepas 6 perlawanan. Dalam video jaringan tersebut, kelihatan para pemain KV Kortrijk sangat gembira dengan jaringan tersebut.

Luqman berjaya memecah masuk dan mengelirukan pertahanan pihak lawan sekaligus menjadi wira pasukan apabila perlawanan tamat dengan jaringan 1-0 memihak kepada KV Kontrjik.
Sebelum ini Luqman beraksi bersama pasukan senior dalam perlawanan pemanas badan dan beliau berjaya melakukan dua percubaan berbahaya sekaligus memperoleh pujian rakyat Malaysia.
Read also:
Dalam ciapan Twitter terbaru Luqman, beliau mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan dan beliau dengan rendah dirinya menganggap jaringannya itu hanya ‘biasa-biasa’.
Alhamdulillah terima kasih ya allah , walaupun gol biasa biasa , berkat doa anda semua 🤲
— luqmansham10 (@luqmansham10) October 13, 2020
This is my 1st goal for my 1st official game in 2020 ❤️ pic.twitter.com/Qm4L633AJY
Untuk mendapatkan berita berkaitan Luqman Hakim, pastikan anda LIKE & Follow page Facebook MakanBola.