Lihat Cara Diego Griffa Teroka Bakat ‘Emas’ Bintang Muda JDT
Dunia
Amran Paloh
Advertisements

Ketua Unit Pencarian Bakat & Pembangunan Belia Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Diego Griffa berjaya menemukan bakat baru untuk diserap masuk ke Akademi JDT.

Pemain berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom sertai JDT selepas berjaya menambat hati pasukan scouting Johor Darul Ta’zim.

Ubi dari Kampung Orang Asli Gua Musang ini merupakan kapten pasukan B-12 tahun negeri Kelantan. Selain berupaya meledak, Sa’ap juga memiliki fizikal yang baik sebagai seorang penyerang.

Advertisements

Pelajar SK Pasir Linggi, Gua Musang ini telah merangkul gelaran kasut emas hasil ledakan 12 biji gol dalam 6 perlawanan di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia B-12.

Untuk makluman, Diego Griffa sanggup datang ke kampung halaman Sa’ap dan menunggu kira-kira 4 jam bagi menerima persetujuan daripada bapanya iaitu Encik Bahrom.

Advertisements

Usaha melamar permata masyarakat Orang Asli ini turut mendapat pujian rata-rata peminat bola sepak tempatan yang melihat pengorbanan Diego Griffa, sanggup ke pedalaman untuk mencari bakat-bakat berpotensi Malaysia.

Sa’ap Baharom akan memulakan pengembaraan di Akademi JDT bermula pada bulan ini dan beliau bakal bersama pelatih-pelatih lain mendapatkan pendidikan dan berlatih di bawah program Akademi JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram