Lim Teong Kim Mahu Presiden FAM ‘Tiru’ Cara Vietnam
Dunia
Photo: BERNAMA
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim mahu kegagalan pasukan negara di kejohanan Piala AFF kali ini ditanggung bukan sahaja oleh jurulatih namun juga barisan tertinggi kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jelas beliau, kegagalan ini bukan sahaja perlu dipikul oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe yang sudah pun meletakkan jawatan sebaliknya presiden juga perlu mengambil tanggungjawab ini.

’Presiden perlu bertanggungjawab dan orang-orang yang bersama pasukan seharusnya mengambil tanggungjawab.’

Advertisements

’Mereka perlu bertanggungjawab seperti Presiden Vietnam kerana mereka ini ialah pemimpin.’

Hal ini disebabkan beliau percaya bahawa mereka juga terlibat dalam membuat keputusan dan bukan sahaja Cheng Hoe dalam segala hal yang melibatkan pasukan.

Bukan itu sahaja, segala tomahan, kritikan dan juga cemuhan yang diberikan bakal digalas oleh jurulatih terutamanya berhadapan dengan media.

Advertisements

‘Seperti yang saya katakan, ini melibatkan profesionalisme dan juga maturity (kematangan) dalam tindakan,’-Jelasnya dalam satu temubual bersama Astro Arena.

Sebelum ini, beliau ada menyatakan hasrat untuk kembali berbakti di Malaysia setelah melihat keadaan bola sepak semasa. Malah, beliau tanpa berselindung mahu melihat pasukan negara kembali mencapai kegemilangan seperti yang berlaku kira-kira 3 dekad lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram