Lim Teong Kim Ingin Kembali Ke Malaysia
Dunia
Bernama
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan AMD, Lim Teong Kim tanpa berselindung bersedia untuk pulang berbakti di Malaysia. Beliau turut dilihat masih “sayangkan” bola sepak Malaysia dan ingin melihat ianya kembali ke zaman kegemilangannya 3 dekad lalu.

Dalam beberapa laporan dan wawancara, Lim Teong Kim memberikan komentar berkenaan kesilapan dan kerosakan yang sedang berlaku di Malaysia dan ianya berkait rapat kepada permasalahan pemain naturalisasi, kebebasan jurulatih membuat keputusan dan pembangunan akar umbi.

Seperti yang dilaporkan oleh Cakap Sukan, Lim Teong Kim tanpa berselindung ingin kembali ke Malaysia.

Advertisements

“Jika ada tawaran, apa salahnya selagi ianya mengikut terma dan syarat saya sendiri. Selagi ianya mengikut terma dan syarat-syarat tersebut, sudah tentu kita semua boleh bekerjasama.

“Saya juga boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mereka tidak mencampuri urusan kerja saya,” jelasnya kepada portal Cakap Sukan.

Kelibat Lim Teong Kim di Malaysia turut didambakan majoriti penyokong bola sepak menerusi satu tinjauan yang dilakukan MakanBola sebelum ini di mana lebih 90% responden bersetuju beliau kembali menabur bakti di Malaysia.

Advertisements

Beliau yang kini berada di Bandar Munich, Jerman sebelum ini turut menjelaskan permasalah semasa bola sepak Malaysia bukan hanya tanggungjawab jurulatih (Tan Cheng Hoe) sebaliknya ianya adalah tanggungjawab semua pihak dalam pengurusan bola sepak skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram