“Kalau Presiden FAM Nak Buat Semua Keputusan, Baik Dia Jadi Jurulatih Saja” – Lim Teong Kim
Dunia
Youtube / NFDPMalaysia
Advertisements

Lim Teong Kim dengan nada bersahaja menjelaskan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus bertanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang berlaku terhadap aksi merundum skuad kebangsaan Malaysia.

Seperti yang dilaporkan portal Majoriti, Lim Teong Kim mempersoalkan mengapa Presiden FAM membiarkan kerosakan berlaku kepada skuad kebangsaan.

“Kalau nak buat keputusan ini (semua keputusan), baik jadi jurulatih saja dan tukar tempat dengan Tan Cheng Hoe,” katanya.

Advertisements

Beliau turut menyamakan situasi yang dihadapi Tan Cheng Hoe adalah perkara yang sama dihadapi bekas Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

“…kenapa bayar orang luar untuk jadi pengarah teknikal? Baik gajikan orang Malaysia yang akan dengar cakap presiden sebab mereka takut nak buka mulut atau melawan. FIFA bagi peruntukan gaji Pengarah Teknikal AS$50,000 sebulan. Jadi kenapa nak membazir bayar orang luar?.

“Itu yang berlaku apabila mereka melantik Peter de Roo. Dia tak boleh buat sebarang keputusan dan akhirnya dia habiskan masa main golf.

Advertisements

“Kalau Presiden FAM nak buat semua keputusan, baik dia jadi jurulatih saja,” katanya kepada portal Majoriti.

Lim Teong Kim turut mempersoalkan mengapa presiden sekarang tidak mengakui kesilapan ataupun bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad kebangsaan.

“Mana dia Presiden FAM nak mengaku silap? Beliau hanya tahu nak kejayaan pantas dengan bawa pemain naturalisasi yang belum tentu boleh jamin kemenangan.

Advertisements

“Jadi apa yang dia capai selain pecat orang? Pecat jurulatih tanpa bagi ruang buat keputusan,” katanya.

Beliau turut berpuas hati bekerja di bawah pimpinan presiden sebelum ini iaitu Tan Sri Hamzah Datuk Abu Samah, Sultan Haji Ahmad Shah dan Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dan menyifatkan ketiga-tiga individu menghormati keputusan jurulatih.

“Di bawah ketiga-tiga presiden ini, mereka tidak pernah campur tangan urusan bola sepak dan jurulatih. Malah mereka memenuhi permintaan yang jurulatih minta,” katanya kepada portal Majoriti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram