Kembalikan Lim Teong Kim Ke Malaysia
Blog
Youtube / NFDPMalaysia
Advertisements

Nama bekas pengendali Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim kembali menjadi sebutan para peminat tanah air ketika ini setelah rata-rata para penyokong menyuarakan hasrat untuk melihat kelibat jurulatih berpengalaman itu di Malaysia.

Sebelum ini, jurulatih yang mempunyai pengalaman luas di Eropah itu termasuklah pernah menyandang jawatan sebagai penolong jurulatih pasukan Bayern Munich bawah 19 tahun suatu ketika dahulu.

Setelah itu , beliau kembali menabur bakti di Malaysia bersama NFDP dan juga di AMD sebagai pengarah teknikal sehingga tahun 2018 sebelum kontrak beliau ditamatkan setelah kegagalan skuad bawah 16 tahun negara melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun ketika itu.

Advertisements

Kini, nama Lim Teong Kim kembali meniti di bibir penyokong setelah aksi longlai pasukan kebangsaan di pentas Piala AFF ketika ini menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang menyatakan Lim Teong Kim ialah salah seorang calon yang layak jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantikan Tan Cheng Hoe.

Bukan itu sahaja, berdasarkan satu tinjauan yang telah dijalankan di laman rasmi Telegram Makanbola, lebih 93% undian yang dijalankan terhadap peminat menunjukkan kebanyakan daripada mereka mahu kelibat Lim Teong Kim kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Pengalaman dan juga kebolehan beliau menggilap bakat dan melahirkan beberapa pemain muda berkualiti di Malaysia seperti Luqman Hakim pastinya ditagih untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti setanding negara Asia Tenggara yang lain.

Advertisements

Sebelum ini, beliau juga berada dalam radar pasukan Sri Pahang FC bagi menggantikan tempat Dolah Salleh namun dilaporkan mereka mendapatkan jurulatih lain bagi mengisi slot tersebut dan rakan media turut menjelaskan dakwaan tersebut tidak berasas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram