Sri Pahang Sedia Pertimbang Lim Teong Kim Sebagai Jurulatih Baharu
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Pihak pengurusan Sri Pahang FC kini dikhabarkan sudah memulakan langkah dalam usaha untuk memantapkan pasukan menjelang musim baharu apabila dikhabarkan sedang berusaha untuk mencari jurulatih baharu buat pasukan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan, T. Avineshwaran, pasukan yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Gajah’ ini dalam perancangan untuk menggantikan jurulatih sedia ada sebagai permulaan era baharu untuk mencabar kejuaraan liga pada tahun hadapan.

Oleh yang demikian, sungguhpun nama jurulatih semasa, Dollah Salleh masih lagi dalam perancangan pasukan, namun dikhabarkan beberapa nama calon sudah pun disenarai pendek untuk mengisi jawatan tersebut.

Advertisements

Nama bekas pengendali NFDP, Lim Teong Kim berada dalam senarai jurulatih yang dimahukan oleh pihak pengurusan pasukan untuk mengendalikan pasukan selain nama Christophe Gamel turut tersenarai.

Pengalaman yang sangat luas dimiliki oleh pengendali berusia 58 tahun itu pastinya ditagih oleh Sri Pahang dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang mampu untuk mencabar pasukan-pasukan seperti JDT, Kedah dan lain-lain.

Ini bagi memadam kehampaan yang dihadapi oleh pasukan setelah mengharungi musim yang kurang memberangsangkan apabila sekadar berada di tangga ke-10 liga selain memastikan pemain-pemain utama kekal bersama pasukan.

Advertisements

Pengalaman melatih pasukan muda Bayern Munich bawah 19 tahun yang berjaya menghasilkan bintang terkemuka dunia seperti Thomas Mueller sudah pasti mampu untuk mencungkil lebih ramai bakat tempatan jika khidmatnya digunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram