Lima Kali Cedera ACL, Zaquan Adha Redha
Liga Super
Instagram Zaqone_08
Advertisements

Kecederaan Ligamen Krusiata Anterior (Anterior Cruciate Ligament, ACL) bukanlah sesuatu yang baru buat bekas penyerang Harimau Malaya yang kini beraksi untuk Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Razak.

Kapten Negeri Sembilan itu disahkan mengalami kecederaan itu buat kali kelima sepanjang karier bola sepaknya. Zaquan menerima kecederaan itu dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Selangor FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Zaquan yang masuk pada minit ke-78 perlawanan cuba melakukan rampasan bola daripada pemain pertahanan kiri Selangor FC, Fazly Mazlan. Namun berlaku perlanggaran diantara kedua-dua pemain tersebut dan Zaquan terpaksa diusung keluar padang kerana tidak dapat meneruskan permainan.

Advertisements

Melalui tinjauan di laman instagram Zaquan Adha, beliau mengesahkan kecederaan lutut yang dialami itu adalah kecederaan ACL dan beliau redha dengan ujian yang menimpa dirinya itu. Di samping itu, Zaquan mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga.

“Alhamdulillah. Saya terima ujian ini dengan penuh redha. Sebab saya tahu Allah sayang saya. this is my 5th time ACL. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Insyallah ada yang lebih baik dihadapan,” luah Zaquan di laman instagram beliau.

Dengan kecederaan yang dialami Zaquan itu, beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada musim 2023 ini selepas beliau dijangka berehat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum dibenarkan kembali beraksi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram