Advertising
Lion City Sailors Ujian Ketiga KL City
MakanBola
Lion City Sailors FC

Lion City Sailors bakal menjadi ujian pertama KL City FC untuk tahun 2025.

Selepas meraih dua kemenangan dalam Kumpulan B Shopee Cup, The City Boys bakal berdepan The Sailors dalam aksi ketiga pada 9 Januari 2025.

Ad

Prestasi semasa menyaksikan kedua-dua pasukan dilihat seimbang. KL City merekodkan dua kemenangan dan tiga kekalahan dalam lima aksi terakhir mereka.

Ad

Ini termasuk kekalahan 4-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Unifi Piala Malaysia baru-baru ini. Kekalahan ini menyebabkan langkah The City Boys terhenti di peringkat suku akhir dengan keputusan agregat 6-1.

The Sailors pula merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Aksi terakhir mereka ialah aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Port FC pada 5 Disember lalu.

Ad

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan besar 5-2 buat anak buah Aleksandar Rankovic. Kemenangan itu juga membawa mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL2.

Ad

KL City dijangka berdepan saingan sengit The Sailors. Ini kerana pasukan itu memiliki ramai tonggak berwibawa seperti Maxime Lestienne, Song Ui-young dan kapten, Hariss Harun.

Ad

The City Boys berharap krisis kecederaan yang dialami pasukan itu semakin reda. Ini ditambah dengan pemain-pemain Harimau Malaya kembali menyertai pasukan selepas tamat kempen ASEAN Championship 2024.

KL City berharap pengalaman beraksi dalam Piala AFC 2022 dapat memberi kelebihan bila beraksi di Stadium Jalan Besar pada 9 Januari ini.