Dunia
Advertisements

Impian pemain bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi untuk menjulang piala pertamanya bersama pasukan kebangsaan menjadi kenyataan susulan kemenangan ke atas Brazil hasil jaringan tunggal Angel Di Maria, Ahad lalu.

Kemenangan tersebut juga telah menamatkan kemarau 28 tahun Argentina untuk mendapatkan piala sungguhpun usaha tersebut sudah beberapa kali hampir menjadi kenyataan termasuklah yang berlaku pada edisi Piala Dunia 2014, Copa America 2016 dan lain-lain yang akhirnya menutup segala kritikan dan cerita duka yang dihamburkan terutamanya kepada pemenang enam kali Anugerah Balloon d’Or itu.

Namun begitu, terdapat satu klip tular menunjukkan reaksi tidak senang kapten Argentina tersebut terhadap tindakan rakan sepasukannya yang juga menjadi watak penting sepanjang kejohanan itu berlangsung terutamanya kepada jaringan Di Maria iaitu Rodrigo De Paul.

Advertisements

Klip video berdurasi 7 saat itu menunjukkan momen-momen pasukan Argentina sedang meraikan kemenangan bermakna mereka dengan bersorak di hadapan puluhan ribu penyokong di stadium. Namun begitu, De Paul secara semberono mencelah untuk memulakan nyanyian yang bertujuan untuk mengejek pasukan Brazil atas kekalahan mereka.

Lionel Messi
Lionel Messi play with Argentina

Messi secara jelas menunjukkan reaksi kurang senangnya terhadap perbuatan kapten Udinese itu yang cuba mencentus provokasi sungguhpun perlawanan telah tamat. Hal ini juga menyebabkan tindakan Aguero yang ingin menyertai De Paul terbatal setelah melihat isyarat ‘No’ daripada kapten Barcelona itu.

Tindakan terpuji Messi itu mendapat liputan meluas selain turut berkait dengan keakrabannya dengan pemain bintang dan juga sahabatnya ketika di Barcelona iaitu Neymar Jr.

Advertisements

Namun semuanya terlerai apabila De Paul memberi keterangan kepada media bahawa tumpuan pasukan dan dirinya hanyalah untuk membantu Messi merialisasikan impiannya menjulang piala berprestij tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram