Liridon Krasniqi Bangga Dengan Kerjasama Berpasukan Harimau Malaya
Dunia
FAM Official
Advertisements

Kemenangan 2-0 menewaskan Filipina adalah permulaan yang baik buat bola sepak negara selepas menampilkan aksi suram beberapa perlawanan sebelum ini termasuk di Kejohanan Piala AFF 2020.

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dilihat teruja dengan kemenangan ini. Pemain yang kini beraksi untuk Odisha FC ini menyuarakan keterujaan melihat kerjasama berpasukan dalam kemenangan ke atas Filipina tempoh hari.

Dalam satu muat naik di instagram milik beliau, beliau bersyukur dengan kemenangan tersebut dan berharap momentum ini dapat diteruskan dalam perlawanan yang akan datang.

Advertisements

Liridon adalah pemain yang dikritik hebat selepas kemenangan tersebut apabila dikatakan menjadi punca tempo permainan skuad Harimau Malaya menjadi perlahan dengan kawalan bola yang terlampau lama.

Untuk mengekalkan sikap positif menjelang perlawanan menentang Singapura esok, Liridon telah bertindak bijak apabila menghadkan komen-komen di instagram. Jadi, ianya dapat menapis komen-komen negatif dari segelintir netizen yang jelas kurang berpuas hati dengan corak permainan beliau.

Kim Pan-gon pastinya akan menganalisis corak permainan Liridon dan yang pasti, Liridon perlu cepat ‘adapt’ dengan taktikal Pan-gon yang dilihat sangat pantas dalam melancarkan serangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram