Live: Argentina vs Algeria, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Dunia FIFA
MakanBola
Seleccion Argentina

Tonton aksi Argentina vs Algeria dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA secara langsung dari Kansas City, USA.

Pertembungan yang paling dinantikan peminat apabila sang juara bertahan, Argentina bakal turun bertemu Algeria dalam aksi pembukaan kumpulan J dengan La Albiceleste pasti membawa misi penting untuk mempertahankan kejuaraan.

Berita gembira dari kem Argentina apabila penjaga gol, Emiliano Martinez dan penyerang, Julian Alvarez telah kembali cergas sekali gus memberikan pilihan buat Lionel Scaloni untuk menurunkan kesebelasan utamanya pada aksi ini.

Taruhan utama bagi kem Algeria pastinya terletak di tangan ketua pasukan, Riyad Mahrez yang berada di prestasi terbaik selepas menjulang trofi AFC Champions League Elite (ACLE) selain keberadaan anak Zinedine Zidane, Luca Zidane di pintu gol.

Pertemuan ini turut meraih tumpuan memandangkan kedua-dua pasukan sudah lama tidak bertemu di peringkat antarabangsa dengan kali terakhir adalah pada tahun 2007 yang dimenangi oleh Argentina 4-3 di Nou Camp, Sepanyol.

Meskipun begitu, Lionel Scaloni enggan mendabik dada dan tetap menilai Algeria sebagai sebuah pasukan yang baik selain turut berwaspada dengan kejutan yang mungkin bakal berlaku kepada skuadnya seperti ketika edisi 2022 lalu.

“Mereka (Algeria) adalah pasukan yang baik yang perlu diberi perhatian dan dihormati. Mereka pasti bakal sukarkan keadaan buat kami,” komen Lionel Scaloni ketika sidang media praperlawanan.

Kesebelasan Utama Argentina vs Algeria

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Argentina vs Algeria

Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
Masa: 9 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Arrowhead, Kansas City, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.