Aksi mencuri tumpuan pusingan 16 terbaik AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan Buriram United menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedua-dua jaguh Asia Tenggara ini akan bertemu dalam aksi pusingan 16 terbaik ACLE selepas Buriram dan JDT masing-masing menamatkan saingan liga dalam kelompok 8 pasukan teratas.
Walau bagaimanapun, Buriram yang kini menerajui carta Thai League 1 dikejutkan dengan keputusan tidak dijangka apabila terikat seri tanpa jaringan menentang kelab ke-9 liga, Uthai Thani.
Manakala JDT pula masih segar dengan kejayaan ditabalkan selaku juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut minggu lalu selain kehadiran pemain import baharu, Samu Castillejo.
Ini adalah pertemuan kali kedua melibatkan Buriram dan JDT musim ini setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 ketika aksi pusingan liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim pada Disember lalu.
Kesebelasan Utama Buriram United vs JDT
Info Siaran Langsung Buriram United vs JDT
Tarikh: 4 Mac 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 malam
Venue: Buriram Stadium, Buriram, Thailand.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.