Tonton akai England vs Argentina dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 secara langsung dari Atlanta, USA.
Pertemuan England vs Argentina menjadi tumpuan ramai peminat minggu ini untuk menentukan finalis Piala Dunia 2026 selepas kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan persembahan memukau sepanjang perjalanan edisi kali ini.
England yang dibimbing Thomas Tuchel berdepan isu kecederaan tonggak utama sejak awal kempen bermula, namun itu tidak mematahkan semangat para pemain The Three Lions untuk terus berjuang sehingga melangkah ke separuh akhir.
Dengan barisan sedia ada, Thomas Tuchel percaya anak didiknya mampu untuk menyekat jentera serangan Argentina lebih-lebih apabila gandingan antara Harry Kane serta Jude Bellingham kini semakin ‘buas’ di hadapan gawang lawan.
“Jika bercakap tentang formula, ia sebenarnya cukup mudah, hanya perlu gandingkan Harry Kane dan Jude Bellingham dan mereka akan membuat (kerja) selebihnya,” kata jurulatih England itu ketika sidang media.
“Kami perlu memperbaiki aspek serangan dan melibatkan pemain lain dalam posisi yang sesuai namun sudah tentu mereka adalah pemain yang mampu menjadi penentu perlawanan.”
“Kedua-dua pemain ini beraksi untuk kami dan menjadi penentu kemenangan,” tambah Thomas Tuchel lagi.
Sementara Argentina berjaya menepati ramalan peminat apabila mengatasi satu per satu lawan yang dihadapi dengan jayanya tanpa mencatat sebarang kekalahan sekali gus menjadi pilihan ramai bagi muncul selaku juara sekali lagi.
Kesebelasan Utama England vs Argentina
Info Siaran Langsung England vs Argentina
Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 3 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.