Advertisement
Live: Filipina vs Thailand, Kesebelasan Utama & Siaran TV ASEAN Championship
Live
MakanBola
Changsuek

Perlawanan tumpuan separuh akhir ASEAN Championship menyaksikan Filipina vs Thailand di Manila.

Kedua-dua pasukan saling bertemu di separuh akhir apabila masing-masing tampil cemerlang di aksi peringkat kumpulan dengan Thailand menepati ramalan menjuarai kumpulan A.

Thailand yang dibimbing oleh Masatada Ishii mengumpul 12 mata maksimum hasil kemenangan dalam kesemua 4 aksi ke atas Timor Leste, Malaysia, Singapura dan juga Kemboja.

Sementara, Filipina pula mengharapkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa anak-anak buah Albert Capellas mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan B.

Satu lagi aksi separuh menyaksikan Singapura dan Vietnam bertemu di Stadium Jalan Besar pada Khamis, 26 Disember.

Kesebelasan Utama Filipina vs Thailand

Akan dikemas kini sejam sebelum sepak mula perlawanan.

Info Siaran Langsung Filipina vs Thailand

Tarikh: 27 Disember 2024 (Jumaat).
Masa: 9 Malam.
Venue: Stadium Memorial Rizal, Manila.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.