Aksi Ke-13 Liga Super bakal menyaksikan pertembungan antara Perak dan juga Sabah.
Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah masih berwaspada untuk beraksi di Manjung sebagai venue utama dan memaklumkan bahawa keadaan padang di sana sedikit keras.
“Kita telah mendapati keadaan padang agak keras sebenarnya tetapi mungkin dengan cuaca yang sedikit baik hari ini dan pagi tadi saya dimaklumkan ada sedikit hujan, dan kita juga telah menggunakan keadaan padang, saya tetap berpuas hati.
“Esok, saya berharap cuaca lebih kurang sama. Dan saya rasa keadaan stadium mungkin sedikit kecil. Yalah, mungkin disebabkan kedudukan penonton barangkali dengan kapasiti penonton yang kurang.
Beliau bagaimanapun lega selepas dua tonggak utama pasuka berjaya menjalani pemulihan dengan baik selepas berehat panjang.
“Apa yang saya boleh katakan selepas perlawanan ditunda ketika menentang JDT dua minggu yang lalu, dalam masa rangka dua minggu yang terbaru ini, pemulihan pemain yang cedera seperti Lee Tae-min dan Adilet (Kanyebekov) agak baik yang sebelum ini dikhabarkan mengalami kecederaan yang sama.
“Syukur, kedua-duanya sudah kembali. Sudah pasti Adilet dan Luka (Milunovic) yang tidak beraksi ketika menentang Pahang. Ada banyak perkara yang kita perlu lihat yang hanya terbaik dari segi kapasiti enam pemain import yang boleh digunakan yang akan ditetapkan pada esok hari.
Yusri melabel Sabah sebagai antara pasukan terkuat di Liga Super selain memiliki beberapa pemain berpengalaman yang menjadi tunjang utama pasukan.
“Sabah saya boleh katakan antara pasukan terkuat untuk saingan Liga Super kita. Jangan lupa mereka memiliki ramai pemain berpengalaman, baik pemain import mahupun pemain tempatan. Mungkin ketika ini mereka memiliki satu langkah lebih baik daripada kita kerana mereka memiliki satu mata.
“Tidak bererti mereka tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya. Akan tetapi, 3 minggu yang direhatkan akibat kalendar FIFA, kita melihat akan banyak perkara yang diperkemaskan barisan Sabah. Saya rasa satu lagi perlawanan berintensiti tinggi pada hari esok.
“Sehingga kita boleh menamakan setiap pemain Sabah. Tanpa Khairul Fahmi, Damien Lim ada di situ. Tanpa Park (Tae-soo), Cifu pun ada di situ. Bagi saya, pasukan Sabah ini boleh mengeluarkan sesiapa saja dalam kesebelasan utama. Pada kita, kita mungkin tidak sama dengan mereka, kita jauh ditinggalkan. Tetapi saya mengharapkan semangat dan fokus para pemain saya diteruskan.
Beliau juga berharap agar momentum cemerlang anak buahnya berjaya dikekalkan ketika tuun di laman sendiri menentang The Rhinos.
“Tiada jaminan kepada para pemain apa yang berlaku pada 3 bulan lalu membuatkan mereka merasa senang dengan perlawanan esok. Mereka terus memberikan tumpuan yang lebih kerana Sabah tetap Sabah. Dan kita pernah tewas kepada mereka dalam musim lalu dalam saingan liga di Ipoh. Harapnya, ia tak berlaku lagi pada perlawanan esok.
Kesebelasan Utama Perak vs Sabah
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Perak vs Sabah
Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 5 Petang
Venue: Stadium Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.