Advertisement
3 Tonggak JDT Cetus Kerisauan Buat Yusri Che Lah
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah sedar akan kemenjadian prestasi tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan Liga Super di antara Perak dan JDT malam ini (17 Ogos).

Tiga tonggak yang dimaksudkan Yusri adalah Juan Muniz, Bergson da Silva dan pemain sayap lincah, Oscar Arribas.

Bagi Yusri, ketiga-tiga pemain ini sangat merbahaya dan mampu melakukan sesuatu dalam perlawanan yang bakal dilangsungkan di Stadium Negeri Perak itu.

“Saya risaukan bola pegun daripada Juan Muniz selain percubaan jarak jauhnya. Begitu juga Bergson da Silva yang mengelirukan dari bahagian sayap kanan dan kiri.

“Oscar Arribas perlu diberi perhatian lebih kerana dia sentiasa ada di dalam kotak penalti dan di posisinya,” jelas Yusri seperti yang dilaporkan Stadium Astro.

Perlawanan di laman sendiri itu bakal menyaksikan Perak turut kehilangan beberapa tonggak utama pasukan gara-gara beberapa sebab seperti kecederaan, penggantungan perlawanan dan berstatus pinjaman dari JDT.

Namun bagi Yusri, jika pasukan kendaliannya mampu meraih satu mata daripada aksi berkenaan, ianya seolah-olah menjadi juara dek kerana kesukaran untuk membendung JDT.

“Saya rasa keputusan seri seolah-olah menjadi juara kerana amat sukar membendung JDT tetapi inilah realitinya,” katanya lagi.

JDT kini gah di puncak Liga Super dengan mengumpul 22 mata selepas 8 perlawanan meninggalkan Selangor FC di tangga kedua dengan 19 mata. Manakala Perak pula berada di tangga ke-10 liga selepas hanya mengutip 6 mata selepas 7 perlawanan yang diharungi.