Aksi tumpuan ASEAN Club Championship atau Shopee Cup pada Khamis menyaksikan KL City vs CAHN di Cheras.
Setelah tewas 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini, KL City kembali ke gelanggang keramat untuk bertemu jaguh Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) yang memimpin kumpulan ketika ini.
Menurut jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac, pasukan lawan sememangnya kuat akan tetapi beliau tetap percaya dengan potensi pemainnya untuk melakar kejutan di laman sendiri.
“Esok bakal menjadi aksi sengit, pihak lawan (CAHN) adalah sebuah pasukan yang baik dan kuat di Vietnam tapi dengan pemain-pemain ini, apa-apa boleh berlaku (cipta kejutan),” kata Kuljanac.
Manakala, pengendali CAHN, Mano Polking tetap mengambil langkah berwaspada apabila turun berdepan KL City kerana percaya wakil Malaysia ini memiliki motivasi berbeza kali ini.
“Mereka mendapat motivasi berbeza sebab beraksi dalam kejohanan berbeza. Kita perlu bersedia untuk berlawan dan saya percaya kita akan menghadapi perlawanan yang sukar.”
Kesebelasan Utama KL City vs CAHN
Info Siaran Langsung KL City vs CAHN
Tarikh: 23 Januari 2024 (Khamis).
Masa: 9 Malam.
Venue: Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.