Live: Malaysia vs Laos, Kesebelasan Utama & Info Siaran TV ASEAN Hyundai Cup
MakanBola
Malaysia NT

Tonton aksi Malaysia vs Laos dalam perlawanan kedua kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 secara langsung dari Cheras.

Aksi kedua kumpulan B ASEAN Hyundai Cup menemukan Malaysia vs Laos dengan kedua-dua pasukan bakal turun membawa hasrar yang sama untuk memungut 3 mata selepas nasib berbeza dialami ketika perlawanan pertama lalu.

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe memulakan kempen dengan langkah kanan apabila bangkit penuh garang membenam Myanmar 2-1 di Yangon pada Sabtu lalu sekali gus menghuni kedudukan kedua kumpulan B.

Manakala, Laos pula pastinya ingin bangkit selepas mengalami kekalahan besar 0-5 di tangan Thailand pada hari yang sama dan jatuh terperosok ke tangga tercorot kumpulan B tanpa sebarang mata dengan angka bolos yang tinggi.

Di atas kertas, skuad Harimau Malaya dilihat sebagai pasukan pilihan bagi memenangi perlawanan ini, dengan rekod pertemuan lalu yang didominasi pasukan negara selain jurang ranking yang besar antara Malaysia dan Laos ketika ini.

Sekiranya menang, Malaysia akan meneruskan pungutan mata ranking FIFA yang positif dengan tambahan +1.57 mata bakal menjadi milik skuad negara meskipun dijangka tiada lonjakan dalam kedudukan terkini dan hanya kekal di tangga ke-136 dunia.

Meskipun begitu, Tan Cheng Hoe enggan anak-anak buahnya memandang mudah cabaran Laos yang hadir dengan barisan pemain muda yang pantas, bertenaga dan bersemangat selain ketibaan jurulatih baharu, Vladica Grujic.

“Kami tidak boleh memandang rendah Laos. Mereka skuad muda dengan pengendali baharu. Mereka bekerja keras, bermotivasi kerana tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut selain berbahaya menerusi serangan balas,” ujar Tan Cheng Hoe ketika sidang media.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos

Info Siaran Langsung Malaysia vs Laos

Tarikh: 28 Julai 2025 (Selasa).
Masa: 9 malam waktu tempatan
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung di RCTI Superapp.
Siaran Langsung: Youtube dan Facebook ASEAN United FC (VPN).

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com