Ranking FIFA: Jumlah Mata & Kedudukan Malaysia Jika Atasi Laos
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang untuk meneruskan pungutan mata positif dalam kedudukan carta ranking FIFA jika berjaya menewaskan Laos malam ini.

Pertembungan antara Malaysia vs Laos pada Selasa menjadi aksi penting buat pasukan kendalian Tan Cheng Hoe ini dalam misi untuk meneruskan momentum hasil kemenangan di Yangon pada Sabtu selain mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan B.

Selain itu, perlawanan berdepan Laos di Cheras ini turut menawarkan mata ranking FIFA yang penting buat Malaysia dalam usaha mendaki kedudukan semasa, selepas hanya berada di tangga ke-136 dunia sejak beberapa bulan lalu.

Jika skuad negara berjaya menewaskan Laos, Malaysia akan memperoleh tambahan +1.57 mata untuk mengumpul keseluruhan 1087.79 mata, tidak termasuk +2.13 mata yang sudah dikutip ketika menumbangkan Myanmar sebelum ini.

Kiraan tidak rasmi mata ranking FIFA yang berjaya dikumpul oleh Malaysia adalah 1089.92 mata sekiranya satu lagi kemenangan diraih pada malam ini, dan menghampiri kedudukan Filipina di tangga 135 dunia dalam kemas kini semasa.

Walaupun ranking Malaysia dijangka kekal jika menang malam ini, namun jurang bersama Filipina dapat dikecilkan, ditambah pula The Azkals bakal turun menentang Myanmar dalam perlawanan pertama kumpulan B malam ini juga.

Aksi Malaysia vs Laos akan berlangsung pada Selasa, 28 Julai dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras